Peluang Muda tipis jika tiada kerjasama dengan PH?
Iklan
Pemerhati politik ramal Syed Saddiq sendiri mungkin hilang kerusi Parlimen Muar jika Muda dan PH bertembung sesama sendiri.
SHAH ALAM - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) mungkin 'berkubur' dan tidak menang sebarang kerusi Parlimen, pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) jika permohonan mereka mahu menyertai Pakatan Harapan (PH) ditolak.
Malah, penganalisis politik berpandangan Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sendiri tidak mampu mempertahankan kerusi Parlimen Muar, tanpa sokongan padu dari rakan kongsi dari PH, pada PRU15 nanti.