Misteri air warna merah di Sungai Rambai
Iklan
Tinjauan wartawan Sinar Premium menyaksikan penduduk sekitar enggan buka mulut kerana takut diancam
PORT DICKSON - [DIKEMAS KINI] Menyingkap pendedahan berhubung Sungai Rambai di Lukut, menjadi satu-satunya sungai tercemar di Malaysia yang berada dalam Kelas Lima, kru Sinar Premium turun ke lokasi untuk melihat sendiri keadaan di sana.
Bermula tanggal 9 Februari lalu, kami memulakan siasatan dengan tujuan mengumpul gambar dan video sungai berkenaan seperti yang maklumkan oleh Pengarah Bahagian Air dan Marin, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Rosli Mustafa.