Inisiatif My50 perlu diteruskan
Iklan
Langkah ringankan beban pengguna pengangkutan awam
SHAH ALAM - Rata-rata pengguna pengangkutan awam terutama di sekitar Lembah Klang berharap kerajaan meneruskan inisiatif pemberian pas perjalanan tanpa had My50 atau seumpamanya dalam Bajet 2023 sebagai usaha meringankan beban rakyat.
Ketika rakyat masih bergelut dengan kenaikan kos sara hidup ketika ini, inisiatif berkenaan dilihat mampu mengurangkan beban sebilangan golongan masyarakat yang menggunakan pengangkutan awam sebagai kenderaan harian.