Tahap bakteria amat luar biasa
Iklan
Pemandangan Sungai Rambai yang tercemar dari udara. (Gambar kanan atas : Dr Zaki melihat bacaan kandungan oksigen di dalam Sungai Rambai.) (Gambar kanan bawah ) Ujian kandungan oksigen mendapati ia semakin berkurangan, menghampiri lokasi mengalirnya air berwarna merah.
PAKAR kualiti air menilai Sungai Rambai sebagai sungai paling tercemar di Malaysia kerana tahap bakteria dan ammonia yang sangat tinggi sehingga boleh menjejaskan kehidupan akuatik serta mendatangkan risiko patogenik kepada manusia.
Pakar Kualiti Air dan Permodelan Kualiti Air, Ir Dr Zaki Zainudin berkata, keputusan dua sampel air sungai yang dihantar Sinar Premium kepada makmal ALS (Australian Laboratory Services) Technichem Malaysia menunjukkan sampel air Sungai Rambai mengandungi bakteria dan ammonia melepasi Kelas lima, Standard Kualiti Air Kebangsaan.
Dr Zaki Zainudin