Tangani segera isu penurunan nilai mata wang negara
Iklan
SHAH ALAM - Kerajaan menerusi pembentangan Bajet 2023 perlu menyediakan inisiatif dalam menangani isu penurunan nilai mata wang ringgit di negara ini.
Naib Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Zaidel Baharuddin berkata, langkah tersebut berkaitan dengan situasi kos sara hidup dan harga barangan yang memberi kesan kepada semua masyarakat termasuk golongan belia.