Perginya tokoh legenda MIC
Iklan
Samy Vellu paling lama menerajui MIC iaitu selama 31 tahun
KUALA LUMPUR - Pemergian bekas Presiden MIC, Tun Dr S Samy Vellu, 86, adalah satu kehilangan besar kepada negara khususnya masyarakat India di Malaysia.
Bekas Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, beliau berasa sedih selepas mendapat tahu mengenai pemergian Samy yang menjadi salah seorang negarawan yang banyak berjasa kepada masyarakat India di Malaysia selama ini.