Dihujani peluru ketika konfrontasi Ganyang Malaysia
Iklan
KOTA KINABALU - [DIKEMAS KINI] Seorang pemuda berusia 18 tahun, tidak menyangka seragam pasukan polis yang disarungnya menjadi saksi perjuangan menjaga keselamatan negara sepanjang tempoh Konfrontasi Indonesia-Malaysia pada tahun 1962.
Mohd Daud Kalakhan, anak kelahiran Papar, Sabah itu turut berdepan pelbagai rintangan sepanjang konflik tercetus selepas setahun menamatkan latihan sebagai anggota polis.