‘Dirai’ komuniti songsang di alam maya
Iklan
Punca gay kini lebih terbuka dan berani tonjol gaya hidup
SHAH ALAM - Sokongan yang diterima daripada rakan sejenis menjadi antara punca golongan lesbian, gay, biseksual dan trasngender (LGBT) kini lebih terbuka dan berani memaparkan gaya hidup songsang mereka di media sosial.
Pakar Psikologi Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Fauziah Mohd Saad berkata, individu LGBT masing-masing mempunyai sejarah sendiri bagaimana mereka boleh terjebak dalam dunia tersebut tidak terkecuali yang pada asalnya normal, namun menjadi mangsa dalam aspek tingkah laku sehingga menyebabkan mereka turut terperangkap dalam keinginan sama.