Pemasaran politik strategi utama
Iklan
MERUJUK kepada tulisan-tulisan saya yang terdahulu dalam ruangan ini, sesebuah parti politik tidak ada produk dan tidak seharusnya berfikir untuk menawarkan produk kepada pengundi. Apa yang boleh ditawarkan oleh parti politik adalah penyampaian perkhidmatan.
Justeru, kempen dalam pilihan raya untuk menang seharusnya berbentuk janji penyampaian perkhidmatan dan mengajak pengundi memberi undi kepada calon mereka yang mampu menyempurnakan penyampaian perkhidmatan yang dikehendaki rakyat.