Mufti nasihatkan taubat nasuha, tunai solat berjemaah di masjid
Iklan
SHAH ALAM – Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menasihatkan agar mereka yang terjebak dengan seks songsang melakukan taubat nasuha terlebih dahulu susulan pendedahan kebanyakan individu dijangkiti HIV adalah golongan muda termasuk pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).
Jelasnya, taubat nasuha merupakan taubat yang ikhlas disertai dengan penyesalan dan keazaman untuk tidak akan kembali melakukan perbuatan itu.