Sekat perisian aplikasi songsang
Iklan
Laporan Sinar Ahad mengenai 11 aplikasi janji temu songsang. Gambar kecil: Ahmad Farhan
SHAH ALAM - Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menggesa kerajaan meningkatkan pemantauan secara lebih ketat terhadap semua perisian yang didapati mempunyai unsur seks songsang daripada masuk ke negara ini.
Presidennya, Ahmad Farhan Rosli berkata, semua aplikasi yang boleh membuka ruang kepada perilaku seks songsang perlu ditutup dan disekat dari diakses oleh mana-mana individu terutama golongan muda.