Perkongsian Dr Malar lebih santai, guna bahasa tidak formal
Iklan
SHAH ALAM - Kaedah penerangan lebih santai dan penggunaan bahasa yang tidak formal antara faktor utama mendorong kepada peningkatan sambutan terhadap perkongsian media sosial milik doktor aktivis, Dr Malar atau nama sebenarnya Dr Malar Santhi Santherasegapan.
Ujar Dr Malar, perkongsiannya itu tidak terlalu menekankan penggunaan istilah atau bahasa yang rumit meskipun membincangkan mengenai topik-topik melibatkan perubatan dan kesihatan.