Bubar Parlimen, kod nama 'merpati' warnai kisah sebulan Najib di penjara
Iklan
Genap sebulan bekas Perdana Menteri menjalani hukuman
TARIKH 23 Ogos atau sebulan lalu menyaksikan sejarah besar politik negara tercipta apabila Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi bekas Perdana Menteri Malaysia yang pertama diperintahkan ke penjara oleh Mahkamah Persekutuan.
Hal ini susulan panel lima hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membuat keputusan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta yang dikenakan ke atas Ahli Parlimen Pekan itu yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.