'Ada 8 syor BN boleh tawarkan'
Iklan
SHAH ALAM - Veteran UMNO mencadangkan lapan manifesto bersifat realistik yang perlu ditawarkan oleh BN dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
Setiausaha Agungnya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, lapan perkara itu ialah membetulkan semula ekonomi negara; peluang pekerjaan yang lebih banyak untuk golongan muda; menyediakan perumahan mampu milik yang sesuai dengan kemampuan rakyat dan menyediakan bantuan secara tetap kepada petani, nelayan serta penoreh getah.