'Recycle' pemimpin pencen, tanduskah pemimpin muda?
Iklan
Pakar berpendapat calon muka lama daripada UMNO sudah tidak relevan kerana pengundi mahu pemimpin baharu lebih segar
SHAH ALAM - Cadangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengitar semula bekas pemimpin veteran UMNO yang sudah lama bersara daripada berpolitik sebagai calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menunjukkan parti itu ketandusan barisan kepimpinan muda berwibawa dan segar.
Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Dr Jeniri Amir, mengakui bahawa memang benar bekas pemimpin UMNO seperti Tan Sri Mohd Radzi Sheikh Ahmad dan Tan Sri Azmi Khalid pernah menjadi nama besar dan memegang jawatan dalam kabinet, namun ia bukan satu kelebihan kepada Bersatu untuk menang kerusi pada PRU15 kerana mereka sudah tidak relevan lagi.