Drama tikam lidah sidang akhbar
Iklan
SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Setelah lebih satu jam pihak aktivis dan masyarakat Mona Din menanti sidang media syarikat MRF Consultan (M) Sdn Bhd diadakan, secara tiba-tiba pengarah syarikat itu, Siti Nur Atiqah Baba bersama pasukannya muncul dan bermulalah pertikaian antara mereka.
Kekecohan itu bermula apabila Siti Nur Atiqah yang menggunakan gelaran Datuk Seri, secara tiba-tiba memasuki restoran sidang akhbar diadakan, yang pada asalnya media dimaklumkan bahawa MRF Consultant (M) Sdn Bhd akan mengadakan sidang akhbar berhubung isu itu di restoran berkenaan.