Masih ramai tak tahu keperluan penjagaan paliatif
Iklan
SHAH ALAM - Masih ramai rakyat Malaysia tidak mengetahui tentang keperluan untuk mendapatkan perkhidmatan penjagaan paliatif bagi pesakit yang menghidap penyakit kronik.
Pakar psikologi, Profesor Dr Ruhani Mat Min berkata, meskipun rawatan itu bukan bertujuan untuk menyembuhkan, namun sedikit sebanyak ia dapat memberi bantuan dari segi kaunseling dan psikologi bagi meringankan tekanan dihadapi pesakit.