17 hari kehilangan Rosnazirah
Iklan
Ejen jualan produk kosmetik itu akhirnya berjaya diselamatkan polis
KOTA BHARU - Selepas 17 hari kes kehilangan ejen jualan produk kosmetik, Rosnazirah Mohd Naim yang diculik oleh sekumpulan lelaki berjaya diselamatkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Khamis.
Kisah penculikan mangsa yang berusia 36 tahun itu dipercayai ada kaitan dengan sindiket dadah yang turut melibatkan suami Rosnazirah.