Tak hantar telur kepada peruncit 'culas'
Iklan
Masalah kekurangan telur ayam di beberapa negeri bukan disebabkan bekalan itu tidak mencukupi
SHAH ALAM - Masalah kekurangan telur ayam di beberapa negeri ketika ini bukan disebabkan bekalan bahan mentah itu tidak mencukupi, sebaliknya Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) mengambil tindakan untuk tidak menghantar bekalan kepada beberapa peruncit dan penjual yang ‘culas’ membuat bayaran.
Penasihatnya, Datuk Jeffrey Ng Choon Ngee berkata, tindakan itu terpaksa diambil bagi memastikan pihaknya tidak terus terbeban dengan masalah kerugian.