Tiada parti mampu menang 100 kerusi
Iklan
Pengundi kaum Cina masih mengharapkan PH bentuk kerajaan
SHAH ALAM - Setiap gabungan parti politik yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dijangka tidak mampu memenangi 100 kerusi secara bersendirian.
Saintis politik dari Jeffrey Sachs Center on Sustainable Development (JSC), Sunway University, Profesor Dr Wong Chin Huat berkata, keputusan itu kemungkinan bakal dihadapi oleh kesemua gabungan utama termasuk BN, Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).