Pertimbangan Agong mungkin ambil kira jaminan sokongan majoriti PM
Iklan
SHAH ALAM - Proses pertimbangan Yang di-Pertuan Agong untuk memperkenankan permohonan pembubaran Parlimen daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mungkin turut mengambil kira jaminan sokongan majoriti ahli Parlimen terhadap Naib Presiden UMNO itu sendiri.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebarang keputusan Yang di-Pertuan Agong dalam mempertimbangkan permohonan pembubaran Parlimen pastinya dibuat berpandukan kebijaksanaan dan budi bicara Seri Paduka Baginda.