Musuh UMNO takutkan rakyat, PRU15 tahun ini macam 'cerita hantu'
Iklan
SHAH ALAM - Pembangkang dan Perikatan Nasional (PN) jangan menakutkan rakyat dengan menjadikan keputusan perbincangan pemimpin 'Top 5' UMNO bersetuju untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan pada tahun ini seakan-akan omongan 'cerita hantu'.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, apabila musuh-musuh UMNO cuba memainkan naratif keputusan PRU15 bakal diadakan tahun ini kononnya akan berserentak dengan waktu banjir, mereka seolah-olah cuba mengambil alih kerja tuhan.