'Orang lama UMNO berminat buat come back'
Iklan
Bekas MB dan mantan menteri kabinet antara muka lama dijangka tanding PRU15
SHAH ALAM - Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bakal menyaksikan ramai pemimpin heavyweight UMNO dijangka membuat come back dan menawarkan diri untuk menjadi calon BN di kerusi Parlimen yang pernah disandang mereka, sebelum PRU14 lalu.
Antara pemimpin berpengaruh dan 'orang lama' dalam UMNO yang bakal menebus kekecewaan PRU14 termasuklah bekas Menteri Besar Perak yang juga Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.