Bajet 2023 tiada ruang dijadikan alat raih undi
Iklan
SHAH ALAM - Bajet 2023 tidak mempunyai ruang dijadikan alat meraih undi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kerana saiz perbelanjaan negara kesan cabaran pandemik Covid-19 selama tiga tahun kebelakangan ini, telah melampaui tahap ‘normal’.
Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua menyeru kerajaan supaya mengambil iktibar kegagalan pendekatan negara Britain cuba meraih sokongan rakyat dengan mengumumkan potongan cukai secara besar-besaran, namun akhirnya membawa negara itu ke dalam kancah hutang lebih besar.