Pendirian muktamad Pas tidak akan bercanggah syarak
Iklan
Sebarang ketetapan yang dijangka dinyatakan pada Sabtu ini, semestinya tidak akan bercanggah dengan syarak Islam yang menekankan aspek perdamaian sesama ummah.
SHAH ALAM - Sebarang ketetapan pendirian Pas yang dijangka dinyatakan pada Sabtu ini, semestinya tidak akan bercanggah dengan syarak Islam yang menekankan aspek perdamaian sesama ummah.
Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin berkata, pihaknya turut berharap keputusan muktamad pendirian parti yang dijangka diumumkan selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN), tidak akan lari daripada agenda perpaduan ummah diperjuangkan Pas selama ini.