Bajet 2023 perlu dibentang semula jika tidak sempat lulus
Iklan
SHAH ALAM - Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 atau Bajet 2023 perlu dibentangkan semula di Dewan Rakyat sekiranya ia tidak sempat diluluskan kerana pembubaran Parlimen.
Pakar perlembagaan dari Universiti Malaysia Pahang (UMP), Profesor Madya Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Hussain menjelaskan, menurut Perkara 55(7) Perlembagaan Persekutuan, sama seperti RUU lain yang dibentangkan, RUU Perbekalan juga akan terluput dalam penggal baharu sekiranya belum diluluskan.