Pembantu Tadbir Zakat (Bahagian Pungutan) Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) Md Nasir Salim (kiri) membacakan doa selepas seorang wanita membayar zakat di kaunter pandu lalu bayaran zakat di Kompleks Seri Iman, Kuaal Terengganu hari ini. Kaunter pandu lalu yang terletak di pekarangan Kompleks Seri Iman menyediakan kemudahan bayaran zakat secara tunai atau tanpa tunai untuk umat Islam menjalankan tanggungjawab mereka dengan lebih selesa dan menjimatkan masa. Bagi melancarkan lagi urusan pembayaran zakat pada saat-saat akhir, Maidam juga akan melanjutkan waktu operasi kaunter zakat iaitu tujuh hari seminggu termasuk cuti am sehingga 10 malam bermula 13 Disember hingga 31 Disember depan. - Foto Bernama
Kaunter Zakat Pandu Lalu
Iklan