RUU Tanggungjawab Fiskal bakal dibentang isyarat Parlimen tidak bubar minggu depan?
Iklan
SHAH ALAM - Teka-teki tarikh pembubaran Parlimen kini kembali 'dipanaskan' Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz apabila beliau mendedahkan Rang Undang-Undang (RUU) Tanggungjawab Fiskal akan dibentang dalam sidang Parlimen pada kali ini.
Pendedahan Tengku Zafrul itu mencetuskan reaksi bercampur sebilangan ahli Parlimen blok kerajaan dan pembangkang, susulan spekulasi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bakal memohon pembubaran Parlimen daripada Yang di-Pertuan Agong selepas usul Bajet 2023 dibentangkan, kian kuat diperkatakan.