Jurujual maut nahas tiga kenderaan

Iklan
Wan Asri maut di tempat kejadian selepas merempuh kereta yang dipercayai membuat pusingan U. - Foto Ihsan pembaca

KOTA BHARU - Seorang jurujual maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan dalam kejadian di Jalan Kota Bharu-Kuala Krai malam tadi.

Dalam kejadian jam 11.15 malam, Wan Asri Wan Hamid, 30, yang menunggang motosikal Yamaha LC 135 maut di tempat kejadian manakala seorang lagi penunggang motosikal berusia 22 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, kemalangan membabitkan dua motosikal dan sebuah kereta jenis Perodua Axia.

Katanya, kereta dipandu seorang lelaki berusia 22 tahun dari arah Kota Bharu menghala ke Kok Lanas membuat pusingan U di hadapan sebuah kedai cat untuk berpatah balik ke Kota Bharu.

Iklan

"Secara tiba-tiba datang dua motosikal dari arah Kota Bharu ke Kok Lanas merempuh bahagian belakang dan kiri kereta itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Menurutnya, akibat perlanggaran tersebut, mangsa terjatuh di atas jalan raya dan cedera parah di kepala manakala seorang lagi penunggang motosikal jenis Honda Wave pula tidak mengalami kecederaan.

Iklan

"Siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu kereta yang tidak memastikan keadaan selamat sebelum membuat pusingan U.

"Mayat kemudiannya dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.