Syor pendekkan tempoh 130 tahun tunggu tunai haji
Iklan
ISU tempoh giliran menunggu yang begitu panjang sehingga mencecah 130 tahun untuk menunaikan haji antara perkara yang menjadi kegusaran umat Islam di Malaysia ketika ini.
Menurut bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff, kebimbangan itu berasas kerana sebelum sampai ke tempoh giliran, mereka mungkin sudah tidak ada lagi di dunia ini.