Izzah dapat semula pingat emas

Iklan
Izzah Amzan ketika menunjukkan dua pingat Emas dan satu pingat Perak yang dimenanginya dalam acara Gimrama Kategori Wanita Akhir pada Sukan SEA Manila 2019 di Kompleks Sukan Rizal Memorial Sabtu lalu. - Foto Bernama

NEW CLARK CITY - Jawatankuasa Penganjuran Sukan SEA Filipina (PHISGOC) bersetuju memulangkan semula pingat emas dimenangi gimnas negara, Izzah Amzan dalam apparatus riben pada Sukan SEA Filipina 2019 Sabtu lalu, setelah meneliti buku peraturan teknikal temasya sukan dwitahunan itu.

Perkara berkenaan disahkan Ketua Kontinjen Malaysia, Datuk Megat Zulkarnain Omardin, yang memaklumkan emas itu akan dimasukkan semula ke dalam carta kutipan pingat kontinjen Malaysia selewat-lewatnya hari ini.

Iklan
Iklan

"Mereka (PHISGOC) bersetuju dengan klausa dalam buku peraturan Sukan SEA dan akan memulangkan semula (pingat emas) berkenaan," katanya kepada Bernama, hari ini.

Semakan di dalam laman sesawang rasmi Sukan SEA Filipina, mendapati sekretariat pertandingan masih belum memasukkan nama Izzah sebagai pemenang bersama dengan seorang lagi gimnas negara, Koi Sie Yan.

Iklan

Dua gimnas kebangsaan itu sebelum ini mencatat kutipan 15.200 mata dalam apparatus riben tetapi juri mengisytiharkan Sie Yan sebagai pemenang pingat emas manakala Izzah di tempat kedua berdasarkan perbezaan tahap kesukaran melakukan rutin.

Pihak teknikal pertandingan, bagaimanapun, mengisytiharkan kedua-dua gimnas negara itu sebagai pemenang bersama selepas kem negara membuat bantahan terhadap keputusan awal oleh pihak juri.

Iklan

Sehari kemudian, PHISGOC dilaporkan telah menarik balik pingat emas kerana dikatakan mengikut peraturan teknikal Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG) sekiranya dua gimnas terikat dengan keputusan sama, pemenang ditentukan mengikut tahap kesukaran rutin.

Izzah turut memenangi satu emas dalam acara bola serta satu pingat perak dalam acara gelung