Undang-undang tentera di selatan Filipina bakal berakhir

Iklan
Rodrigo Duterte. - Foto Agensi

MANILA - Presiden Filipina, Rodrigo Duterte akan menamatkan undang-undang tentera di selatan negara itu menjelang akhir tahun ini.

Ia dikenakan lebih dua tahun lalu sebagai usaha untuk menghentikan kumpulan militan Daesh daripada bertapak di kawasan itu.

Iklan
Iklan

"Istana Presiden yakin dengan keupayaan pasukan keselamatan kami dalam mengekalkan keamanan wilayah Mindanao tanpa melanjutkan undang-undang tentera selepas 31 Disember," jelas jurucakap, Salvador Panelo dalam satu kenyataan.

Pada Mei 2017, Duterte menempatkan Mindanao di bawah tentera sejam selepas lelaki bersenjata merampas bandar Marawi dan mecetuskan pertempuran selama lima bulan dan meragut lebih 1,200 nyawa. - AFP

Iklan
Iklan