HULL - Seorang penghibur kanak-kanak di England yang mendapat jolokan 'Bobby Bubbles' dijatuhkan hukuman penjara 14 tahun selepas didapati bersalah merogol seorang gadis.
Robert Jamieson, 49, yang melakukan perbuatan terkutuk ketika gadis tersebut berusia 13 tahun itu turut disabitkan atas 10 kesalahan amang seksual berasingan.