IBU segala pingat Sukan SEA Filipina 2019 milik Vietnam selepas menumbangkan Indonesia 3-0 pada perhitungan akhir di Stadium Memorial Rizal malam tadi.
Vietnam menepati ramalan selaku pasukan pilihan berjaya menyekat kemaraan Indonesia yang sebelum ini membuat persediaan rapi bagi membawa pulang pingat yang dimenangi Thailand dua tahun lalu di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun perlawanan itu dicemari insiden kad merah apabila pengendali Vietnam Park Hang-seo kerana mempertikaikan keputusan pengadil.