Cabaran dan masa depan graduan

Iklan
Gambar hiasan. - Foto: 123RF

BAHANG Globalisasi dan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) sudah mula terasa. Pelajar institut pengajian tinggi (IPT) yang bakal menduduki latihan industri pada masa kini juga sudah mula terkena tempiasnya.

Untuk mendapatkan kedudukan sebagai pelatih industri pada waktu ini tidak lagi semudah dahulu. Majikan sudah mula mengetatkan prosedur pengambilan seperti mengenakan sesi temu duga, kuota untuk pelatih juga sangat terhad, malah kebanyakannya tidak lagi menyediakan elaun kepada pelatih.

Iklan
Iklan

Bermakna, majikan hanya akan mengambil pelatih yang benar-benar sesuai dan perlu.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dalam kenyataannya pada November lalu menyebut, globalisasi dan Revolusi Industri 4.0 akan mengubah masa depan pekerjaan di mana banyak pekerjaan yang sedia ada tidak lagi akan wujud.

Iklan

Jika dahulu manusia adalah aset utama dalam semua sektor pekerjaan, namun arus perubahan Revolusi Industri 4.0 menyebabkan banyak pengecilan tenaga kerja dikurangkan atau dimansuhkan.

Justeru, Kementerian Pendidikan mahu melahirkan graduan masa depan yang mahir dan berkebolehan untuk disesuaikan dengan perubahan teknologi semasa.

Iklan

Beliau mahu institusi pengajian tinggi tahu apa yang dicari oleh majikan dan mempersiapkan pelajar untuk membina kecekapan yang akan membantu mereka mendepani persaingan.

Ketua Pakar Pendidikan Tinggi Bank Dunia, Francisco Marmolejo dalam Seminar Revolusi Industri 4.0 berkata, sistem pendidikan tinggi di seluruh negara juga akan mengalami perubahan hasil Revolusi Industri 4.0.

"Bayangkan pengetahuan yang ada pada kita hari ini hanya menyumbang satu peratus menjelang 30 tahun akan datang dan ketika itu pasaran kerja akan dipenuhi dengan individu atau tenaga kerja berkemahiran tinggi, kreatif dan mempunyai pemikiran kritis.”

Inilah cabaran yang akan mendepani generasi akan datang dalam menempatkan diri dalam sektor pekerjaan. Pelajar khususnya bakal graduan tidak boleh lagi bergantung kepada keupayaan memiliki keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan semata-mata.

Majikan pada hari ini tidak hanya melihat pencapaian Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) tetapi mereka mahukan bakal tenaga kerja yang mahir, berkebolehan, berfikiran kritis dan nilai kemanusiaan yang tinggi.