Perlis peruntuk RM16 juta perkasa lima masjid

Iklan
Masjid Al Hakim, Padang Malau antara yang menerima peruntukan dalam Bajet Perlis 2020. (Gambar kecil: Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man)

KANGAR - Kerajaan Perlis mengumumkan peruntukan sebanyak RM16 juta bagi memperkasakan lima masjid di negeri ini pada pembentangan Bajet Perlis 2020 hari ini.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man berkata, masjid tersebut ialah Masjid Al Hakim, Padang Malau; Masjid Al Munir, Kuala Perlis; Masjid Al Khauthar, Paya Beseri; Masjid As Solihin, Kg Bawah Bukit dan Masjid Nurul Hikmah Wang Bintong.

Iklan
Iklan

Menurutnya, selain itu memperkasakan masjid, program menghafal al-Quran atau dikenali Program Rawdatul Huffaz akan diteruskan pada tahun hadapan membabitkan 15 Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini.

"Kita akan peruntukkan sebanyak RM50,000 di mana program ini dijalankan sejak tahun 2016 lagi.

Iklan

"Program ini mendapat sambutan yang baik daripada ibu bapa malah terdapat masjid yang menerima peserta melebihi kuota yang ditetapkan," katanya.

Dalam pada itu, Azlan berkata, kerajaan negeri juga amat prihatin dengan gejala dadah yang mana 54.7 peratus daripada jumlah penagih terdiri daripada golongan belia.

Iklan

Justeru, katanya, projek rintis iaitu Program Kampungku Permai Lagi Mempersona bakal dilaksanakan selama tiga tahun mulai tahun depan di kawasan penagih tinggi iaitu Kuala Perlis.