KUALA LUMPUR - Program Sarapan Percuma (PSP) yang akan bermula Januari depan akan dilaksana mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) pemilihan makanan di sekolah berasrama, Persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching berkata, SOP tersebut selaras amalan pemakanan pelajar berbilang kaum dalam negara iaitu dengan mengutamakan makanan halal, pemakanan sayur-sayuran dan ada yang tidak memakan daging.