SEREMBAN - Seremban bakal diisytiharkan sebagai bandar raya pada 1 Januari 2020.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun bagaimanapun berkata, pengisytiharan rasmi akan dilakukan pada 20 Januari 2020 oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.