Roboh rumah: ADUN Kuang dijangka berjumpa penduduk esok

Iklan
Antara struktur rumah yang dirobohkan dalam operasi yang dijalankan semalam. Gambar kecil: Siti Nor Aminah

KUANG - Satu pertemuan antara penduduk Kampung Melayu Puncak Kundang dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang, Sallehudin Amirudin dijangka diadakan bagi membincangkan isu perobohan rumah penduduk esok.

Wakil Penduduk, Siti Nor Aminah Md Nafi, 38, berkata, perkara itu dimaklumkan Salehudin ketika meninjau keadaan penduduk di lokasi perobohan malam tadi.

Iklan
Iklan

Siti Nor Aminah berkata, penduduk berharap pertemuan tersebut menjadi pembuka jalan kepada perbincangan lebih menyeluruh terutama bersama pemaju dan agensi kerajaan yang berkaitan.

"Kami menerima notis mahkamah pada 2017 dan sekali lagi pada Oktober lalu bagi pengosongan. Tiada langsung pertemuan dengan pemaju apatah lagi melibatkan isu pampasan.

Iklan

"Tolong beri ruang kepada penduduk bertemu pemaju untuk berbincang. Banyak yang telah penduduk lakukan untuk tanah ini, kami ada dokumen berkaitan, tolong dengar permintaan kami, itu sahaja penduduk minta," katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan 12 rumah penduduk Kampung Melayu Puncak Kundang dirobohkan pemaju sementara baki 55 lagi unit akan menerima nasib sama secara berperingkat.

Iklan

Berkongsi perkembangan semasa, Siti Nor Aminah berkata, beberapa badan bukan kerajaan (NGO) turut meninjau keadaan penempatan sementara mereka malam tadi.

"Kami duduk berhampiran dewan namun serba kekurangan kerana tiada bekalan elektrik selepas dipotong bagi operasi perobohan semalam.

"Ada beberapa NGO dan penduduk setempat menyalurkan bantuan makanan dan lilin serta lampu di penempatan kami," katanya.