[VIDEO] Rayu undi mewakili Malaysia mendaki Gunung Everest

Iklan
Antara gambar-gambar Loe ketika melakukan pendakian gunung di serata dunia.

SHAH ALAM - Seorang anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia mengharapkan undian daripada orang ramai supaya terpilih mewakili Malaysia dan Asia Oceania dalam ekspedisi Fjallraven Polar 2020 di Gunung Everest.

Fjallraven Polar 2020 merupakan pengembaraan menggunakan sled anjing sejauh 300 kilometer yang bermula di Norway dan berakhir di Sweden.

Iklan
Iklan

Penyertaan itu terbuka kepada penduduk seluruh dunia dan peserta perlu mendapat undian tertinggi mewakil 11 pecahan negara.

Malaysia dikelaskan dalam kategori Asia / Oceania yang akan berentap dengan 7 negara lain seperti Indonesia, Filipina, Singapura, Australia, New Zealand, Thailand dan Vietnam.

Iklan

Anggota bomba tersebut, Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa, 37, dan lebih dikenali sebagai Loe berkata, tahun ini merupakan tahun kedua dia mencuba nasib untuk menyertai Fjallraven Polar.

Gambar Loe ketika melakukan pendakian gunung di serata dunia

Menurutnya, minatnya dalam aktivit lasak itu ketika masih bersekolah dan kini sedang menjalani latihan untuk bersiap sedia mendaki gunung tertinggi itu dan 7 puncak lain.

Iklan

"Saya berazam untuk menakluki gunung Everest dan melengkapkan pendakian ‘7 summits’ di samping telah merantau hampir 30 buah negara dan pernah mendaki sehingga ketinggian melebihi 6000 meter di India.

"Pada tahun lepas saya sekadar mendapat kedudukan ke 6 Asia/Oceania dan ke 3 Malaysia. Saya amat berharap mendapat undian tertinggi tahun ini bagi mewakili negara dan juga Asia/Oceania untuk mengibarkan jalur gemilang nanti,” katanya.

Loe pernah sampai di Everest Base Camp, Annapurna Base Camp di Nepal, Gunung Fansipan, Vietnam; Gunung Damavand dan Gunung Alam Kouh di Iran, Gunung Siguniang di China, Gunung Kosciuszko di Australia, Guning Fuji, Jepun dan Gunung Von Bulow di New Zealand.

Gambar kenangan Loe ketika melakukan pendakian gunung di serata dunia.

Selain itu, Loe juga berazam ingin menyertai ekspedisi tersebut bagi menyampaikan mesej keamanan dunia di samping mengamalkan gaya hidup sihat dan berani menyahut cabaran di luar zon selesa.

"Oleh itu, saya amat mengharapkan semua rakyat Malaysia yang berjiwa patriotik dan cintakan keamanan agar dapat bersatu hati dan meluangkan masa seketika untuk mengundi saya dan berkongsi pautan ini.

"Ini supaya lebih ramai lagi rakyat Malaysia yang akan mengundi dan seterusnya membawa nama Malaysia ke persada dunia,” katanya.

Kepada rakyat Malaysia, jika anda mempunyai semangat patriotik yang tinggi, klik di sini untuk membuat pengundian, fjallraven.com segera kerana hari ini merupakan hari terakhir untuk ‘hero Malaysia’ ini mendapat undian untuk mewakili negara bagi ekspedisi Fjallraven Polar 2020.