Persiapan Sweat & Shoot rancak dijalankan!

Iklan
Persiapan menjelang cabaran Program Sweat & Shoot: Sukan Tanpa Diskiriminasi pada 15 Disember ini rancak dijalankan.

SHAH ALAM - Persiapan tempat dari segi fasiliti dan logistik menjelang cabaran Program Sweat & Shoot: Sukan Tanpa Diskriminasi yang bakal berlangsung Ahad ini sedang giat dijalankan bagi memberikan kemudahan terbaik kepada semua terlibat.

Selain empat gelanggang yang menjadi medan pertarungan bagi street soccer (4 on 4) dan basketball (3 on 3), program yang dianjurkan di pekarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf itu akan dimeriahkan dengan pelbagai gerai pameran termasuk daripada Polis Diraja Malaysia, Indo Mie,Yes 4G, Sengheng, minuman 100Plus, akhbar Sin Chew Daily dan Sinar Harian.

Iklan
Iklan

Pengarah Program, Mohd Farreez Rahmat berkata, kesemua persiapan dari segi fasiliti dan logistik akan dipastikan siap sepenuhnya Jumaat ini dan pada hari Sabtu, tumpuan terarah kepada kerja-kerja dekorasi selain menerima kemasukan daripada client atau penaja.

"Hari ini (semalam) bermula sekitar jam 8 pagi, kita telah mulakan persiapan tempat. Sebelah pagi, kita terima kehadiran Selangor Basketball Association (SBA) dan petang pihak kontraktor giat memasang khemah untuk kemudahan kepada semua yang terlibat pada hari kemuncak 15 Disember ini.

Iklan

Mohd Farreez berkata, pasukan yang bertarung dalam program yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM15,200 itu terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk daripada jabatan dan agensi kerajaan serta anak-anak muda.

Persiapan menjelang cabaran Program Sweat & Shoot: Sukan Tanpa Diskriminasi pada 15 Disember ini rancak dilaksanakan di pekarangan Kompleks Karangkraf sejak semalam.

"Lebih mengujakan, Sinar Harian turut mempertaruhkan satu pasukan untuk merebut kejuaraan itu," katanya.

Iklan

Program Sweat & Shoot: Sukan Tanpa Diskriminasi merupakan anjuran akhbar Sinar Harian dan Sin Chew Daily bukan sekadar bertujuan menggalakkan orang ramai tentang kepentingan bersukan untuk kesihatan tetapi untuk mengeratkan hubungan pelbagai kaum serta membuka mata masyarakat tentang kepentingan perpaduan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sweat & Shoot: Ke arah Malaysia sihat

Rebut RM15,200 dalam cabaran 'sweat & shoot'

Kejohanan diadakan mengikut format liga satu pusingan (round robin) dengan lapan pasukan teratas layak ke suku akhir, empat pasukan ke separuh akhir dan seterusnya dua pasukan mara untuk beraksi di gelanggang pentas akhir.

Bagi setiap kategori, juara akan membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 berserta trofi dan medal, naib juara (RM2,000 dan medal) ketiga (RM1,200 berserta medal), keempat (RM800 berserta medal).

Empat pasukan yang berjaya ke suku akhir masing-masing bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM150 dan setiap pasukan dibarisi tidak lebih daripada enam pemain amatur berusia 18 tahun ke atas.

Selain itu, pengunjung dan peserta berpeluang bertemu serta beramah mesra dengan bintang sukan tanah air iaitu legenda hoki negara, Datuk Minarwan Nawawi serta jaguh sukan bola keranjang negara, Yek Liang Chuan.