Time namakan Greta Thunberg 'Person of the Year'

Iklan
Greta Thunberg menghiasi muka depan majalah Time.

NEW YORK - Greta Thunberg, remaja dari Sweden yang memberi inspirasi untuk mencetuskan gerakan global bagi memerangi perubahan iklim dinamakan sebagai Person of the Year untuk 2019 oleh majalah Time.

Gadis berusia 16 tahun itu menjadi individu termuda dipilih oleh majalah tersebut sejak tradisi berkenaan bermula pada 1927.

Iklan
Iklan

"Beliau mewakili suara paling lantang yang berani memperkatakan tentang isu terbesar yang sedang dihadapi bumi tahun ini dan kini memimpin gerakan seluruh dunia," kata Ketua Editor, Edward Felsenthal.

Muka depan majalah yang berpusat di New York itu memaparkan gambar Thunberg dengan tajuk 'The Power of Youth' (kuasa remaja).

Iklan

Sebelum pengumuman itu dibuat, Thunberg dengan lantang memberitahu Sidang Kemuncak Perubahan Iklim PBB (COP25) di Madrid bahawa dekad akan datang akan menentukan masa depan bumi.

Remaja itu juga menggesa pemimpin dunia supaya berhenti menggunakan 'PR kreatif' untuk mengelakkan tindakan sebenar.

Iklan

"Bahaya sebenar adalah apabila ahli politik dan ketua pegawai eksekutif menunjukkan seperti mereka ambil tindakan sedangkan tiada apa yang dibuat oleh golongan itu," katanya yang turut disambut tepukan gemuruh. - Agensi