Dua beradik maut rumah terbakar

Iklan
Kebakaran sebuah rumah di Kampung Sungai Betul Bawah, Tanjung Piandang awal pagi tadi.

PARIT BUNTAR - Dua wanita dipercayai adik-beradik ditemui mati dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Sungai Betul Bawah, Tanjung Piandang awal pagi tadi.

Kedua-dua mangsa dikenali sebagai Aisyah Din, 80, dan Ida, 56, yang merupakan orang kurang upaya (OKU) ditemui berhampiran pintu utama oleh anggota bomba pada jam 2.15 pagi.

Iklan
Iklan

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan, panggilan berhubung kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kurau pada jam 1.52 pagi.

"Setibanya di lokasi kejadian, didapati sebuah rumah sedang terbakar 80 peratus dan hasil maklumat disyaki ada mangsa di dalamnya," katanya.

Iklan
Bomba berusaha memadamkan kebakaran sebuah rumah di Kampung Sungai Betul Bawah, Tanjung Piandang awal pagi tadi.

Menurutnya, operasi memadam dan menyelamat kemudiannya menemui dua wanita berhampiran pintu utama.

"Kedua-duanya telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Ketika kejadian hanya mereka tinggal di rumah berkenaan," katanya.

Iklan

Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat pada jam 6.27 pagi.

Keadaan rumah yang terbakar yang mengorbankan dua beradik awal pagi tadi.