MANILA – Perintis Kecerdasan Buatan Pelbagai Benda (AIoT) dan jenama televisyen global terkemuka, SKYWORTH membawa inovasi teknologi ke temasya Sukan SEA ke-30 yang menghimpunkan atlet serta peminat sukan dari 11 negara di Filipina.
Jenama yang mempromosikan sukan menerusi inovasi teknologi itu menjadi Penaja Televisyen Elektronik Eksklusif dan Rakan Platinum Rasmi untuk Sukan SEA ke-30 tahun ini serta Sukan Para ASEAN ke-10 pada 2020.
Pengarah Jabatan Pengurusan Jenama Luar Negara TV SKYWORTH, Jack Lee berkata, penajaan seiring komitmen Skyworth dalam meningkatkan hiburan sukan berserta teknologi terkini.
Katanya, dikuasakan oleh TV SKYWORTH, penonton dapat menikmati kualiti imej menakjubkan yang dibawa oleh teknologi pampasan gerakan.
Beliau berkata, pembantu peribadi SKYWORTH yang dikuasakan oleh AI juga membolehkan penonton mencari maklumat berkaitan permainan seperti profil pemain dan keputusan permainan terkini sambil menonton perlawanan secara langsung.
"Terima kasih kepada ekosistem AI proprietari, peminat sukan bebas menyambungkan TV dengan peranti pintar lain untuk memanfaatkan kelebihan yang dibawa oleh konsep kehidupan pintar.
"Teknologi telah menjadi sebahagian daripada setiap permainan sukan dan SKYWORTH bangga menjadi penaja rasmi Sukan SEA serta membawa hiburan sukan terbaik kepada peminat di Asia Tenggara," katanya.
Jack Lee berkata, rantau Asia Tenggara sentiasa menjadi pasaran penting, justeru SKYWORTH berusaha untuk membawa detik-detik terbaik Sukan SEA 2019 kepada penonton.
Katanya, sepanjang Sukan SEA 2019, peminat dan atlet boleh melawat Zon Peminat SKYWORTH untuk menikmati permainan secara langsung yang menarik.
Menurutnya, permainan, cabutan bertuah bertemakan Sukan SEA turut disediakan di kedai offline SKYWORTH untuk menghargai peminat.
Dalam pada itu, SKYWORTH melancarkan UB7500 di Filipina bagi meraikan penajaannya untuk Sukan SEA 2019.
TV kelas premium 4K AI dengan skrin infiniti itu dilengkapi OS Android 9.0 terkini.
Sistem itu membolehkan pengguna menyambungkan TV dengan pelbagai aplikasi seperti kamera, mikrofon, bar bunyi dan gamepad selain menyesuaikan teknologi audio serta visual canggih TV menerusi platform pintarnya.
SKYWORTH mengubah UB7500 menjadi hab kawalan yang membolehkan sambungan dan kawalan mudah ke semua peranti pintar yang berhubung kait dengan ekosistem AIoT sama.
UB7500 berfungsi sebagai pembantu peribadi futuristik yang membantu pengguna sepenuhnya untuk menikmati kehidupan pintar.
Menggunakan teknologi Dolby Vision dan Pure HDR, UB7500 memberikan kualiti visual tiada tandingan dan lebih menonjol berbanding TV 4K lain.
Dilengkapi pelbagai fungsi hiburan, UB7500 membolehkan pengguna menggunakan Google Assistant untuk memeriksa maklumat seperti profil pemain dan keputusan perlawanan pada masa nyata.
Membawa tontonan sukan pengalaman ke peringkat seterusnya, pengguna juga boleh memuat turun dan menikmati pelbagai permainan sukan menerusi Google Play.
SKYWORTH UB7500 didatangkan dalam model 50", 55"dan 65" serta dilancarkan di Indonesia September 2019, Vietnam pada Oktober dan Malaysia serta Thailand November lalu.
Untuk maklumat lanjut, sila layari http://seagames.skyworthoverseas.com dan informasi mengenai produk SKYWORTH di Malaysia boleh didapati di http://www.skyworth.com.my atau halaman Facebook https://www.facebook.com/SkyworthMalaysia