Suami ADUN Hulu Bernam meninggal dunia

Iklan
Rosni bersama Allahyarham suaminya.

SHAH ALAM - Suami kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Bernam, Aziz Deraman, 60, meninggal dunia pada jam 10 pagi tadi.

Berita berkenaan disahkan Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan menerusi akaun Facebook miliknya pagi ini.

Iklan
Iklan

"Dukacita dimaklumkan bahawasanya suami kepada Yang Berhormat, Datuk Rosni Sohar, ADUN Hulu Bernam merangkap Ketua Wanita UMNO Selangor, baru sahaja menghembuskan nafas terakhirnya.

"Moga roh suami beliau, Abang Aziz sentiasa di dalam lindungan dan limpahan rahmat ALLAH,” katanya menerusi status dimuat naik.

Iklan

Allahyarham menghidap kanser tahap empat menghembuskan nafas terakhir di Jalan Kampung Kayu Besar Melor, Kelantan.

Sinar Harian dimaklumkan jenazah akan dikebumikan di Kelantan.

Iklan