LBS Foundation tawar tuisyen percuma di M3 Mall

Iklan
Yee Kew (tengah) beramah mesra dengan murid yang telah mendaftar kelas tuisyen percuma di M3 Mall baru-baru ini.

KUALA LUMPUR - LBS Foundation menawarkan Kelas Tuisyen Ajar-Ajar Malaysia secara percuma di tingkat satu M3 Mall Wangsa Maju di sini.

Program yang mendapat kerjasama daripada Ajar-Ajar Malaysia dan Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) itu disempurnakan oleh Ahli Parlimen Wangsa Maju, Dr Tan Yee Kew baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Pusat tuisyen tersebut dibuka setiap Isnin dan Khamis bermula jam 7.30 petang hingga 9 malam.

Pengarah Eksekutif LBS Foundation, Datuk Cynthia Lim berkata, kaedah berkonsep ‘satu sukarelawan, satu murid’ dapat membantu tumpuan pembelajaran dilakukan di tahap maksimum.

Iklan

Menurutnya, mentor juga dapat menambah baik kemahiran komunikasi dan mengajar seterusnya menyumbang dalam aspek pendidikan serta kemasyarakatan.

Yee Kew (dua dari kiri) menyaksikan majlis menandatangani MoU oleh Cynthia (kiri) bersama Presiden Ajar-Ajar Malaysia, Lai Peng Keong (dua dari kanan) dan Presiden TAR UC, Profesor Ir Lee Sze Wei (kanan) di Pusat Tuisyen Ajar-Ajar Malaysia di M3 Mall baru-baru ini.

"Kelas Tuisyen Ajar-Ajar Malaysia memberikan tuisyen percuma kepada murid-murid dengan menggunakan pendekatan pembelajaran secara dua hala di antara murid dan mentor.

Iklan

"Ia membantu murid-murid mendapat peluang pendidikan yang sepatutnya dan menjadi pemimpin pada masa hadapan dalam pelbagai bidang," katanya.

LBS Foundation, Ajar-Ajar Malaysia dan TAR UC menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk bekerjasama dalam menyediakan bantuan pendidikan kepada kanak-kanak yang memerlukan di kawasan Wangsa Maju.