Tiga lelaki ditahan, rokok lebih RM100,000 dirampas

Iklan
Antara barangan yang dirampas oleh Pasukan Polis Marin dalam Ops Landai.

KLANG - Sepasukan anggota Pasukan Polis Marin Pelabuhan Klang berjaya menahan tiga lelaki warga tempatan bersama rampasan 1,846 karton rokok dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Putra Heights semalam.

Komander Polis Marin Wilayah 1, Asisten Komisioner Rosman Ismail berkata, penahanan tiga suspek berusia 21 hingga 45 tahun itu dibuat menerusi Ops Landai, melibatkan rampasan bernilai RM191,851.20.

Iklan
Iklan

"Kita mengesan sebuah kenderaan jenis Toyota Estima dalam keadaan mencurigakan di kawasan Sungai Manggis, Banting pada jam 8.10 pagi dan kemudian mengekori kenderaan tersebut sehingga ke kawasan perumahan Taman Putra Heights,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rosman berkata, pihaknya mengesan kenderaan tersebut memasuki sebuah rumah teres dua tingkat dan bertindak menahan kenderaan tersebut di dalam pagar rumah.

Iklan

Menurutnya, pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut menemui pelbagai jenis rokok disimpan di dalam kotak berwarna coklat yang diletakkan di ruangan barang dan tempat duduk belakang, selain turut menemui pelbagai jenis rokok disimpan di ruang tamu rumah berkenaan.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek telah menyewa rumah tersebut sejak enam bulan lalu dengan kadar sewa sebanyak RM1,500 sebulan.

Iklan

"Rumah tersebut dipercayai digunakan sebagai stor berdasarkan keadaan rumah yang kosong tanpa sebarang perabot di dalamnya. Rumah tersebut dijadikan stor transit sebelum rokok diedarkan ke pasaran,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.