Mahkamah tangguh dengar permohonan wanita dakwa isteri Samy Vellu

Iklan
Meeriam berbincang sesuatu dengan Ramesh sambil diperhatikan Rayer selepas mahkamah menangguhkan pendengaran permohonan interim yang difailkannya hari ini.

IPOH - Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini memutuskan untuk menangguh pendengaran permohonan interim difailkan seorang wanita, E Meeriam yang mendakwa isteri kepada bekas Menteri Kerja Raya, Tun S Samy Vellu.

Permohonan interim yang difailkan Meeriam pada Mac lalu itu bertujuan mendapatkan hak berjumpa dengan bekas Presiden MIC itu, selain membolehkan bayaran selenggara bulanan yang diterima sebelum ini diteruskan.

Iklan
Iklan

Hakim Datuk Hashim Hamzah membuat keputusan menangguhkan pendengaran permohonan interim itu ke 17 Januari tahun hadapan bagi memberi ruang kepada permohonan saman pemula anak Samy Vellu, Datuk Seri Vell Paari terhadap Samy Vellu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang akan didengar pada 17 Disember depan.

Meeriam (tengah) ketika hadir di Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini.

Meeriam diwakili peguam, RSN Rayer dan Ramesh Sivakumar.

Iklan

Sementara itu, Rayer berkata, anak guamnya berkahwin secara sah melalui perkahwinan tradisional pada 1981 di Kuala Lumpur tetapi tidak didaftarkan.

Sementara itu, Meeriam yang ditemui pemberita di luar mahkamah mendakwa tidak pernah bertemu Samy Vellu sejak enam bulan lalu kerana dihalang.

Iklan

Pada 9 Disember lalu, Vell Paari memfailkan saman pemula terhadap Samy Vellu bagi mendapatkan perintah mahkamah untuk menentukan tahap kesihatan mental bapanya itu.

Vell Paari, 57, sebagai plaintif memfailkan saman itu di kaunter pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui Tetuan Mathews Hun Lachimanan pada 2 Disember lalu dengan menamakan Samy Vellu, 82, sebagai defendan.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak fail saman periksa tahap mental Samy Vellu