PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan mengenai tarikh-tarikh penting urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis, Sabah pada 16 Disember ini.
Dalam kenyataan hari ini, Setiausaha SPR, Datuk Mohamed Elias Abu Bakar berkata, mesyuarat itu akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Datuk Azhar Azizan Harun pada jam 10 pagi di Bilik Gerakan, Menara SPR di sini.
Iklan
Iklan
"Antara tarikh penting yang akan ditentukan adalah writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian awal, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dan persiapan lain yang diperlukan bagi melaksanakan pilihan raya kecil itu," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Kerusi Kimanis: Anifah sedih, Warisan terima keputusan mahkamah
Baru-baru ini, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu membatalkan kemenangan Datuk Seri Anifah Aman bagi Parlimen Kimanis dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) Mei tahun lepas. - Bernama
Artikel Berkaitan