KUANTAN - Dua buruh warga Myanmar dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan hari ini atas tuduhan membunuh rakan sekerja dua bulan lalu.
Tertuduh, Hamid Husin Mohd Husin, 31, dan Mohd Karim Hosain, 25, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan dan tiada pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Nordiana Ab aziz.